Powered By Blogger

Sunday 1 April 2012

RINGKASAN BAB9- KAEDAH PENYELESAIAN MASALAH

RINGKASAN BAB 9

Dalam kehidupan, manusia sebagai hamba Allah menghadapi masalah dalam berbagai bentuk dan rupa yang memerlukan penyelesaian. Ada masalah boleh diselesaikan dengan menggunakan cara fikiran logik, ada yang memerlukan penyelesaian secara agama, penyelesaian secara perasaan dan  penyelesaian secara kreatif. Masalah pula ada berbagai-bagai kategori seperti misteri, puzzle, dilema dan peluang. Masalah dan isu ini perlu diberi perhatian dan jalan penyelesaian hendaklah dicari secepat mungkin. Sesuatu masalah perlu satu penyelesaian yang agak segera manakala sesuatu isu perlu ditangani dengan lebih berhati-hati. Sesuatu masalah jika tidak diselesaikan dan dibiarkan berlarutan akan menjadi satu isu yang lebih rumit untuk  diselesaikan.
Di dalam menyelesaikan masalah kita dapati ada orang yang dapat mencari penyelesaian kepada satu masalah lebih cepat daripada orang lain. Terdapat sekurang-kurangnya empat ciri penting di dalam individu yang menjadikannya seorang penyelesaian masalah yang berkesan iaitu
a)      motivasi yang kuat,
b)      trait yang positif
c)      jati diri
d)     membina kemahiran  
Ciri pertama iaitu motivasi yang kuat, penyelesai masalah yang berkebolehan akan mengatasi semua kesukaran dengan segala tenaga yang ada pada diri mereka. Mereka bersikap positif, tidak mudah mengalah, mereka akan cuba mengatasi segala kesukaran, cuba atasi segala halangan, dan menunjukkan kebolehan untuk menyelesaikan masalah yang dianggap sukar oleh orang lain. Apabila ada masalah yang menghalang, penyelesai masalah dapat merasakan kekuatan dalaman yang mendorongnya untuk mengatasi masalah tersebut. Penyelesai masalah yang berkebolehan akan melipatgandakan usahanya  untuk mencari penyelesaian apabila masalah itu menjadi rumit. Mereka tidak takut kepada misteri dan kesukaran. Ciri kedua ialah trait yang positif. Sifat-sifat peribadi seseorang penyelesai masalah membolehkannya mencapai kejayaan. Ia mempunyai emosi yang stabil bagi menyelesai masalah secara objektif. Trait psikologi yang objektif dan komitmen adalah penting. Tetapi trait yang tidak kurang penting ialah kebolehan untuk menerima pertolongan daripada orang lain. Penyelesai masalah mestilah cerdik dan pintar. Masalah yang rumit memerlukan pengetahuan saintifik dan ketajaman intelektual yang tinggi. Trait psikologi yang terakhir ialah kebolehan seseorang untuk terus berusaha dan tidak berasa jemu atau bosan di dalam menyelesaikan sesuatu masalah. ciri ketiga ialah jati diri. Penyelesai masalah mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi dan dapat menguasai situasi yang mungkin timbul. Mereka berfikiran positif dan yakin bahawa mereka boleh menyelesaikan masalah.  Penyelesai masalah juga mempunyai keupayaan psikologi dan ianya amat penting. Ciri keempat pula ialah membina kemahiran. Penyelesaian masalah yang berkebolehan akan menggunakan berbagai-bagai teknik dan model dalam penyelesaian masalah. Kemahirannya boleh dipelajari melalui kursus-kursus pengurusan masalah yang pendek atau menghadiri bengkel-bengkel pengurusan masalah. Ada beberapa model penyelesaian masalah yang dikemukakan iaitu:
a)      model   penyelesaian masalah yang menggunakan enam langkah
b)      model penyelesaian masalah yang menggunakan lapan langkah
Contoh model penyelesaian masalah enam langkah ialah
1)      kenal pasti masalah
2)      analisa punca masalah
3)       kenal pasti cara penyelesaian
4)      pilih penyelesaian yang terbaik
5)      bentuk plan tindakan
6)       pelaksanaan dan penilaian
Contoh model penyelesaian masalah lapan langkah ialah
1)      tuning in
2)      objective setting
3)      success measurement
4)      information collection
5)      decision-making
6)      planning
7)      action
8)       review to improve.
Adalah amat penting untuk mengklasifikasikan masalah mengikut kategori yang tertentu kerana setiap jenis masalah memerlukan penyelesaian yang tersendiri. Terdapat enam jenis masalah iaitu,
a)      Misteri
b)      tugasan (assignment)
c)       kesukaran (difficulty)
d)      keempat peluang (opportunity)
e)       “puzzles”
f)        dilema
 Masalah pertama iaitu misteri. Misteri ialah satu situasi yang menyeleweng daripada keadaan yang biasa berlaku atau yang diharapkan. Penyelewengan ini tidak diberi satu penjelasan yang nyata tentang terjadinya sesuatu peristiwa atau kejadian. Masalah kedua ialah tugasan. Kerja yang ditugaskan untuk dilakukan oleh seseorang dengan jelas memperincikan kriteria-kriteria yang perlu dimasukkan beserta dengan objektif pencapaian ialah tugasan. Tugasan memerlukan teknik-teknik tertentu sebab matlamat pencapaian perlu disalurkan kepada orang yang hendak menjalankan tugasan. Tugasan merupakan kontrak di antara ketua (atau klien) dan orang yang akan menjalankan kerja tersebut. Masalah ketiga ialah kesukaran. Ada perkara yang sukar untuk mencapai kejayaan. Kesukaran berlaku kerana dua sebab iaitu samaada kita tidak tahu untuk menguruskan situasi atau kita rasakan sumber-sumber yang ada tidak mencukupi. Kesukaran pula dapat dibahagikan kepada dua kategori iaitu subjektif dan objektif. Masalah keempat ialah peluang. Perkara yang paling penting tentang peluang ialah ia akan membawa keuntungan. Usaha harus ditumpukan untuk menerbitkan peluang sebab kebanyakan peluang yang ada adalah hasil daripada usaha kita yang menerbitkannya. Masalah kelima ialah tidak pasti (Puzzles). Di dalam beberapa situasi, kita tahu bahawa ada jawapan atau jalan penyelesaian kepada masalah tertentu tetapi kita tidak tahu mana jawapan yang betul. Situasi ini dikenali sebagai (puzzles). Untuk menyelesaikan masalah ini, kita perlu mengkaji segala kekaburan dan keadaan yang kompleks untuk mencari jawapan yang betul. Masalah keenam pula ialah dilema. Dilema adalah situasi di mana amat sukar untuk mencari penyelesaian dan menentukan cara yang terbaik untuk melakukannya. Perkara yang penting dalam dilema ialah terdapat dua opsyen yang boleh dilaksanakan dan kedua-dua opsyen itu kelihatan betul dan tepat.
Berikut ialah satu model penyelesaian masalah secara logik dan saintifik yang menggunakan   lapan langkah:
Langkah 1: Mendefinisikan masalah
Langkah 2: Mengkelaskan masalah
Langkah 3: Tentukan objektif
Langkah 4: Tentukan ukuran kejayaan
Langkah 5: Kutipan data
Langkah 6: Membuat keputusan
Langkah 7: Melaksanakan keputusan yang diambil
Langkah 8: Penilaian (Review)



Berikut adalah cara menyelesaikan masalah secara saintifik melibatkan proses empirikal induktif:
1)      Mengadakan hipotesis
2)      Mengumpul maklumat
3)      Membuat kesimpulan
a)      Penyelesaian secara kreatif/lateral
b)      Penyelesaian melalui perasaan
c)      Penyelesaian secara Islam
d)     Pendekatan hokum
e)      Pendekatan sufi

Kesimpulannya, setiap manusia pasti mempunyai masalah dan setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Atas individu itu sendiri mahu menyelesaikan masalah yang dihadapi menggunakan kaedah atau teknik yang mana. Oleh itu, kita perlu menjadi penyelesai masalah yang bijak yang tahu menyelesaikan masalah kerana ianya penting supaya kita dapat menyelesaikan sesuatu masalah menggunakan cara fikiran logik atau kreatif dan sebagainya.  

2 comments: